nota teknikal analisis

Nota Teknikal Analisis untuk Saham

KENAPA ENTRY BREAKOUT

Seringkali kita terkeliru bila diajar untuk breakout entry. Breakout yang macam mana ? dimana ? bila ? Memahami maksud breakout itu sendiri sepatutnya jadi keutamaan semua trader..sebab, bila kita faham maksud breakout, percayalah, tak perlu pening kepala dengan macam2 teknik yang ada.

Breakout – harga yang tembus ke atas resistance

Breakout – harga yang tembus ke atas resistance

entry breakout

Teorinya, bila harga berjaya tembus resistance, ini menunjukkan supply area tersebut pada waktu itu sudah kurang atau, demand untuk beli lebih banyak dari supply yang ada. Secara tak langsung, kita dapat jangkakan price akan teruskan kenaikan sehinggalah bertemu resistance yang seterusnya.

Apa itu resistance

satu area atau harga di mana pembeli awal berniat untuk menjual, pembeli yang tersangkut pun nak jual (supply). sekiranya mereka2 ini berjemaah ingin menjual pada area tu dan buyer pula kurang, menyebabkan harga tidak boleh naik lagi

cara entry breakout

Ok lah, setakat ni dulu. Dari nota di atas, nampak senang. Tapi tak senang sebenarnya, sebab dalam market, ada banyak cik cindy, jorung, smart money, dumb money, semuanya hanya dengan satu tujuan – MAKE PROFIT – walau dengan apa cara sekalipun. Cara baik, cara tamak, cara kedekut, cara tipu, cara manipulate.

Berbalik pada breakout tadi, bila saja price berjaya breakout, itu menunjukkan ada minat belian, yang mana seller tawarkan pada harga tinggi, tetap ada buyer nak beli, beli, beli , beli sampai bosan.

TREND DALAM CARTA

trend jangka pendek

Dalam pasaran saham, hanya ada 3 sahaja trend, samada NAIK, TURUN atau SIDEWAY.

Trend boleh berlaku pada setiap time frame, boleh pada 30 minit, 1 hour, daily, weekly atau monthy.

Perubahan trend berlaku apabila ada ketidakseimbangan pada supply and demand – bahasa mudahnya, bila ramai gile membeli (price naik) dan tiba2 price berubah arah disebabkan seller pulak yang ramai (price turun). Dan price dalam keadaan sideway bila yang membeli dan yang menjual sama banyak.

Setiap kali perubahan trend berlaku, kita boleh lihat akan adanya formasi pada candle, yang dipanggil swing point / pivot point / reversal formation.

Mengenalpasti titik perubahan trend, kita akan dapat membuat keputusan beli dan jual dengan lebih yakin dan selamat.

Contoh chart diatas, anak panah merah dan hijau adalah formasi candle di mana trend berubah arah.

Nota : Maaf jika istilah yang saya gunakan sepanjang nota-nota sebelum ni tak mengikut standard. Biasalah, belajar koboi memang macam ni. Kalau nak lebih tepat istilahnya, sila belajar dengan mereka-mereka yang bertauliah.

TREND DAN MOMENTUM

trend dan momentum

Setiap trend samada up, down atau sideway akan ada momentumnya.

Dari chart di atas, tanpa melihat indikator, kita masih boleh lihat samada sesuatu trend itu masih kuat atau sudah kurang kuat momentumnya dengan hanya melihat pergerakan high dan low candle serta support resistance.

Semoga catatan ringkas ini dapat membantu semua

GARISAN MOVING AVERAGE

moving average permulaan trend

Secara ringkas, MA atau moving average adalah harga close purata, ikut period yang kita gunakan (8,20,21,50,100,200).

Cita panjang pun tak guna, sebab meleret2. MA berape nak guna? kat daily atau weekly chart? MA atau EMA yang bagus?

Untuk hari ni, saya cuma nak tunjuk cara guna MA 20, MA 50 dan MA 200. Atau lebih senang, apa yang MA boleh bantu kita.

  • Untuk melihat trend
    • Dikatakan jika price close di atas garis MA, trend adalah sihat dan SEDANG atau MUNGKIN akan naik.
    • Saya gunakan perkataan SEDANG dan MUNGKIN sebab close di atas MA saja bukan penentu trend menaik.
    • Contoh price hari ni close di atas MA 20 pada daily chart, kita boleh kata yang hari ni bullish berbanding 20 hari yang lepas.
    • Dan kalau price close di bawah MA, trend SEDANG atau MUNGKIN akan turun.
    • Kalau bersiar2 sekitar garis MA, price sedang sideway.
  • Digunakan sebagai support dan resistance
    • Dengan menggunakan period yang sesuai, kita boleh jadikan garis MA sebagai target area support dan resistance. – MA yang sering yang digunakan adalah 20, 50 dan 200.
  • Menjadi entry dan exit point
    • Selalunya tengok price tu break ke arah mana.
    • Kalau breakout ke atas MA, beli dan breakdown ke bawah MA, jual.
    • Sebagai pullback entry bila breakout dan price turun semula ke garis MA.
    • Price yang menghampiri garis MA, dikatakan adalah harga wajar / fair value pada WAKTU ITU.
moving average pullback
  • Bersilangnya garis MA
    • menunjukkan permulaan sesuatu trend (naik atau turun) – orang panggil golden/death cross
  • MA adalah lagging / lambat
    • memang sifatnya macam tu, sebab cara kiraan pun guna data yang dah lepas.
  • Price akan mencari MA
    • semakin jauh price dari garis MA, semakin kurang momentumnya, dan kita boleh jangkakan price akan turun mencari MA.
    • semakin dekat price ke garis MA, akan ada peluang entry dengan risk yang minimum.

Banyak lagi nak cerita, tapi malas lah nak tulis panjang-panjang. Yang penting pointnyer, bukan berapa panjang notanyer. Cara paling mudah untuk menilai samada kaunter tersebut sesuai untuk kita trade atau tak, adalah dengan melihat pergerakan price pada garis MA 200.

Price di atas MA 200 – cari entry untuk BUY

Price di bawah MA 200 – tak perlu trade, hanya monitor saja (kecuali dapat hidayah kata kaunter tu nak terbang)

orang kata

SUPPORT AND RESISTANCE (S/R)

support resistance guna chartnexus

Cara mudah untuk melihat support and resistance adalah dengan melihat pada interaktif chart kentrade. Mulakan dengan melihat weekly chart terlebih dahulu, sebab S/R nya lebih kuat berbanding daily.

support resistance dari chartnexus dalam kentrade

Gunakan horizontal line untuk tandakan pada S/R yang ada. Save chart tersebut. Kemudian baru tengok daily chart.

Dari situ, kita lebih mudah nak menilai pergerakan harga serta mencari entry/exit sesuai.

  • Price menghampiri resistance akan lebih menarik penjual.
  • Price yang menghampiri support, kemungkinan besar pembeli akan mula masuk.

BEZA ENTRY BREAKOUT DENGAN PULLBACK

beza entri breakout dan pullback

Semoga bermanfaat..tak sempat nak buat nota panjang. Jelas setiap cara entry pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

BREAKOUT TRENDLINE DAN VOLUME

breakout trendline dengan volume johotin

Perhatikan bagaimana price breakout dan disusuli dengan volume spike akan menolak harga ke atas. Perhatikan juga perubahan price action / pattern price bila price bergerak naik.

price breakout trendline

Sebelum breakout pun perhatikan juga yang volume tidaklah terlalu besar dan bentuk candle juga lebih kecil molek.

breakout trendline ays
breakout trendline saudee

CANDLESTICK SEBAGAI SIGNAL ENTRY DAN EXIT

candlestick entry and exit

Antara soalan yang paling susah nak jawab adalah “camne kaunter ni, nak jual ke nak hold?” Susah sebab, yang bertanya tu sebenarnya sudah ada jawapan sendiri, dan bila kita bagitau jawapan yang tak sama dengan apa yang “diharapkan”, jiwa jadi kacau.

Plan trading kita boleh sama, tapi cara kita handle emosi, tekanan dan noise tak sama.

Kalau 5 kali trade, dan 5 kali kena cut loss, mesti ada sesuatu yang tak kena dengan cara trading kita.

Dalam trading, perkara-perkara seperti

  • makin rugi bila tak cut loss
  • lepas jual naik balik
  • tak beli dia naik
  • bila beli dia turun

memang dan akan sentiasa terjadi. Hanya dengan disiplin dan plan trading yang baik saja mampu MENGURANGKAN KERUGIAN dan MEMAKSIMAKAN KEUNTUNGAN.

Hari ni kita belajar entry dan exit dengan melihat bentuk candle. Lihat contoh gambar di atas.

Konsep

  • entry dan exit bila terjumpa candle2 di atas tu (signal candle).
  • sengaja saya tak letak nama sebab menghafal nama sebenarnya tak penting, yang penting kita FAHAMKAN maksud candle tu.

Saya pecahkan kepada 2 kategori trader, Baru dan Berpengalaman.

Trader Baru

  • nampak saja candlestick tu, siap sedia untuk entry (signal candle).
  • esok, kalau price break resistance, sudah boleh entry.
  • tak kisah nak entry pagi, atau petang, ikut keselesaan masing2.
  • dah entry, tunggu dan standby kalau candlestick tadi muncul semula.
  • bila dah muncul, standby untuk exit kalau price break support.
  • ulang lah banyak kali, senang tak?

Trader Berpengalaman

  • follow sama macam tadi.
  • untuk lebih kenikmatan, boleh lah tengok-tengok candlestick tu samada muncul di swing point high/low, support resistance pada chart atau berhampiran moving average.
  • bagi trader yang menggunakan indicator seperti stochastic, macd, boleh gabungkan signal candle tadi dengan signal buy/sell dari indicator.
  • contoh, signal candle muncul dan stochastic oversold, macd nak bersilang, dah boleh standby entry.
  • terbalikkan cara tadi kalau nak exit pulak.
candlestick signal for entry and exit trade

Tips

  • Bila dah jumpa signal candle, buatlah alert pada apps masing2 (bursa station, SI, klse screener, tradingview, moomoo atau ape saja yang boleh pasang alert).
  • Kalau ada anak-anak kat rumah, sekarang kan cuti sekolah, bagi diorang kerja sikit. Tolong carikan signal candlestick. Kita balik kerja, tanya diorang, ada tak jumpa signal.
  • Entry atau exit mestilah esoknya atau next candle. Kalau esoknya tak break resistance/support, tak payah buat ape-apa. Move on.
  • Gabungkan semua nota-nota sebelum ni dengan nota hari ni, insya allah, sama-sama kita beroleh kejayaan.

EXIT STRATEGY UNTUK AMBIL PROFIT

exit strategy trailing stop

Ada banyak cara sebenarnya untuk keluar dari trade dan mengambil profit. Salah satu adalah dengan membandingkan low candlestick semalam dengan closing hari ini.

Strategi : exit trade jika close price hari ini lebih rendah dari low candlestick semalam

Teori : closing yang lebih rendah dari low candle semalam menunjukkan seller lebih agresif dari buyer. Sampaikan seller tak kisah nak jual pada harga yang lebih murah. Atau, tiada buyer yang nak menyokong harga dari terus turun.

Cara ni tak lah perfect, tapi sekurang-kurangnya, kita boleh protect profit yang sudah ada atau protect capital kita dari terus rugi.

Tips : Cuba terbalikkan nota di atas, ianya juga teknik beli

PERUBAHAN TREND

perubahan trend

Dulu kita dah belajar melihat trend. Ada berape trend? UP, SIDE, DOWN. Dengan memahami ciri2 setiap trend, dengan mudah kita boleh terjemah pada chart.

Adakah kaunter yang kita beli sekarang uptrend, sideway atau downtrend. Boleh rujuk pada chart di atas untuk melihat secara visual. 

UP TREND : 

  • price bergerak naik dan corak kenaikan umpama ombak
  • ada tinggi dan ada rendah
  • swing point atau paras high/low/higher high/higher low yang semakin tinggi 

SIDEWAY : 

  • price seperti terkepung 
  • nak naik dihalang resistance yang sama 
  • nak turun dihalang support yang sama

DOWN TREND : 

  • price bergerak turun 
  • penurunan umpama ombak, ada tinggi dan ada rendah 
  • swing point atau paras lower high/lower low yang semakin menurun 

Setiap trend sebenarnya masih boleh buat duit. Cuma tekniknya saja berbeza.

Contoh

  • Masa uptrend, buy breakout atau pullback memang menjadi.
  • Sideway pula kena near at support and sell near resistance.
  • Untuk downtrend, selalunya hit an run masa price rebound.

Rujuk semula chart di atas, perubahan trend juga boleh dikesan lebih awal dengan melihat pada pergerakan price. Perubahan trend akan / mungkin berlaku bila ciri2 asalnya sudah tidak dipatuhi oleh price. 

Uptrend yang ada HH dan HL, apabila price tidak lagi buat HH tetapi mula buat LH, itu adalah amaran pertama yang uptrend sudah sampai penghujung. Confirmation perubahan trend terjadi bila price terus membuat LL dan LH. Dan akan berterusan downtrend sehinggalah price mula membuat ciri2 baru - seperti price tidak lagi buat LL.

Mulai sekarang, boleh semak sendiri kaunter masing2. Adakah masih UPSIDE, atau DOWN..INGAT, setiap trend ada tekniknya, jangan main belasah jer.

Semoga terhibur.

ENTRY DAN EXIT CARA MUDAH – Breakout Support Resistance

ENTRY DAN EXIT CARA MUDAH - Breakout Support Resistance

Sekitar support adalah yang paling selamat untuk beli saham. Tetapi, membeli di sekitar support juga memerlukan sifat sabar yang tiada batasny. Sebab apa? Sebab tak tau bila mau naik balik.

Bagi mereka-mereka yang tiada sifat tadi (yang ada pun tak tahan lama, 2-3 hari dah kepanasan), boleh lah gunakan teknik entry selepas breakout resistance.

Tengok contoh dalam chart di atas (contoh saja, bukan untuk jual beli).

Interaktif chart dalam platform Kentrade sebenarnya sangat membantu kita dalam membuat analisis mudah di mana nak entry dan exit. Agak sayang, tak ramai yang betul2 make use chart tu. Semua nak shortcut. Nak untung banyak tapi tak nak usaha lebih sikit, emmmm, macam biasa dengar.

Bagi yang tiada masa untuk melihat waktu market beroperasi, gunakan sedikit masa pada sebelah malam. Buka chart dan perhatikan garis-garis support dan resistance yang sudah ada dalam interaktif chart. Kemudian terus buat alert.

Nak tengok apa?

  • Perhatikan close price hari ni
  • Rupa bentuk candle
  • Support terhampir
  • Resistance terhampir 

Dan ingat juga di bawah 

  • Break Resistance – entry atau take profit 
  • Break Support – jual (hadamkan yang ni banyak2 kali)