Harga saham sedang naik cantik, macam roket dan tiba-tiba… boom! uturn la pulak.
Untuk mengelakkan hilang segala keuntungan (on paper), stop loss haruslah bergerak seiring dengan pergerakan harga semamsa. Kita boleh pilih mana-mana cara di bawah:
✅ 1. Guna Trendline
Tarik garisan ikut kaki candlestick. Kalau candlestick jatuh bawah dari trendline, masanya untuk jual. Maksudnya momentum jual mula menguasai.
✅ 2. Guna Moving Average (MA)
Pilih MA yang kita biasa guna – contohnya MA5 atau MA10. Kalau harga tutup di bawah MA tu, boleh dah think to sell!
✅ 3. Guna Harga Low atau Open Semalam
Tengok harga low semalam. Kalau hari ini harga tutup lebih rendah dari low semalam, tanda awal untuk kita mula menjual. Kalau kedekut rugi, boleh guna harga open semalam sebagai ganti.
✅ 4. Muncul Inside Bar (bar oyen)
Kalau tiba-tiba muncul inside bar setelah harga bergerak tegak berhari-hari, itu petanda buyer dah penat dan berkemungkinan profit taking bakal terjadi.
Kesimpulan:
Trailing stop bukan untuk jaga modal saja, tapi untuk kunci keuntungan. Jangan biar profit tinggal angan-angan.
Semoga terhibur!
📈 Screener Breakout percuma, update setiap hari selepas market tutup
Download ebook Pinescript secara percuma 📘 Pine Script Untuk Trader Bukan Programmer
Moomoo Rewards
With Moomoo, enjoy 0 commission for 180 days on trades and
Get Deposit Rewards for New Account Opening.
Exclusive Code : TCSE24