Chart sideway memang nampak membosankan – candlestick kecil-kecil, harga macam tak ke mana. Tapi dalam senyap, kadang-kadang ada benda menarik sedang berlaku. Kena tengok volume.
Dalam infografik ni, kita ada dua situasi:
Situasi 1:
Harga bergerak sideways dan volume pun sekata , semua bar volume rendah-rendah. Ini kita panggil “volume tido” – takde tanda-tanda minat, takde cerita, memang senyap betul.
Kalau jumpa chart macam ni… sila scroll ke chart lain.
Situasi 2:
Masih dalam sideway, tiba-tiba ada beberapa hari volume mencanak naik – tapi harga masih belum breakout.
Yang ni menarik. Kita panggil “volume nakal” – sebab ada orang besar tengah shopping diam-diam.
Kenapa Volume Naik Tapi Harga Diam Tu Menarik?
Bila volume spike dalam fasa senyap, tapi harga tak terus naik, itu tanda:
- Ada accumulation berlaku
- Buyer besar tak nak trigger panic buying
- Mereka sedang kumpul perlahan-lahan
Bila cukup stok, barulah dia tolak harga naik.
Ini yang kita nak cari – volume luar biasa dalam fasa bosan. Sebab breakout yang berjaya biasanya bermula dari fasa macam ni.
✅ Tips Pantau Sideway Dengan Volume:
Tengok average volume (cth: average 30 days)
Kalau tiba-tiba ada bar volume yang melepasi average >1.5x, tapi harga masih senyap… jangan abaikan!
Masukkan dalam watchlist, tunggu trigger breakout atau kalau berani mati, sila menyelam bersama-sama..
Screener Breakout percuma, update setiap hari selepas market tutup
Download ebook Pinescript secara percuma 📘 Pine Script Untuk Trader Bukan Programmer
Semoga terhibur!
Moomoo Rewards
With Moomoo, enjoy 0 commission for 180 days on trades and
Get Deposit Rewards for New Account Opening.
Exclusive Code : TCSE24