Posted in

Fry Pan Bottom – kuali ajaib !

Selalu muncul selepas kejatuhan harga dan mula berlonggok-longgok keriangan. Terutama sekali bila indeks mula naik dari oversold area.

Pattern macam ni perlukan lebih imaginasi untuk membayangkan sebelum kejadian. Tapi, konsep asas tetap sama – ada longgokan harga dan menantikan harga breakout dari longgokan tadi.
 
longgokan candle seakan bentuk kuali

 

breakout di hujung lengkuk

Walaupun penggemar pattern macam ni lebih suka cari di carta yang memang tergolek habis, saya secara peribadi lebih suka kalau dia muncul semasa harga masih dalam trend menaik.

bentuk yang sama juga boleh muncul semasa downtrend
 
breakout dengan kemasukan volume di hujung lengkuk
Satu perkara yang kena ingat, kesemua contoh yang saya tunjukkan nampak naik. Tapi hakikatnya, banyak juga tak naik2, malah makin turun pun adooo..

Pattern bukan penentu naik turun, tapi pattern boleh bantu kita kecilkan pilihan carta untuk dibalun.

Untuk tahun 2021, pattern sebegini saya panggil ‘ bawang rangers’
 
 
bawang rangers sedang beraksi

 

sama seperti yang lain, ada volume masuk dan breakout
Semoga terhibur !
 

With Moomoo, enjoy 0 commission for 180 days on trades and Get Deposit Rewards for New Account Opening.

Exclusive Code: TCSE24

https://start.moomoo.com/01wfZT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *