Bila kita terjumpa potensi lokasi tumpang naik, ada 2 cara nak tumpang
- tumpang sebelum signal muncul
- tumpang selepas signal muncul
Nak jual nanti pun sama. Cuma jual sebelum signal muncul selalunya akan menitik air mata seorang lelaki.
Ade beberapa koleksi carta di bawah ni. Lihat dari kiri ke kanan perhatikan posisi moving average tengok permulaan volume masuk, volume spike, volume tidor,
Tengok signal2 dari trendband yang muncul sepanjang pergerakan ke kanan (kalau guna lah)/. Cari bentuk2 atau pattern seakan sama dapatkan lokasi tumpang naik yang dirasakan sesuai pada waktu itu
Trend menaik kebiasannya kekal antara 3-6 bulan (kita pernah sama2 buat video pasal ni, cari ler) ingat sampai bila2.Saya tak mampu nak menyampaikan lebih dari apa yang saya tau selama ini.
Perlu ditegaskan, trendband guide / trendband cycle bukanlah penentu untung rugi..hanya panduan secara visual dalam membuat trading plan.Sangat tak sesuai guna bagi yang langsung takdak ilmu melihat chart..elok belajar dulu dengan guru2 dan jadikan trendband guide / trendband cycle sebagai panduan.
Semoga terhibur.


