Simpan Lama?

Saya rasa ada sedikit kekeliruan bila kita dapat nasihat "jangan simpan lama2" atau "ada untung, sebat".

Kalau tengok chart COMFORT ni, mungkin ada rasa menyesal, kenapalah aku jual awal atau kenapalah aku tak entry semula haritu.

COMFORT : Feb 2020 - May 2020

Mungkin maksud "jangan simpan lama2" tu merujuk kepada harga yang dah tembus ke bawah aras cut loss..sedangkan kita pulak paham , "tak mau la simpan lama2, esok jual". Sudahnya, stock tu lah naik berhari2 tanpa toleh ke belakang..kita pulak menggagau cari lain.

$ads={1}

Bila kita beli atau sebelum beli lagi dah wajib buat aras stop loss..manakala target jual ada pelbagai mazhab yang mana2 kita ikut pun tetap bergantung tamak masing2.
  • Stop loss juga boleh dinaikkan, seiring kenaikan harga, dan nama pun bertukar jadi trailing stop.
  • Ape guna buat stop loss/trailing stop kalau tak digunakan sebaik mungkin?
  • Ape guna penat2 buat signal , tapi tak nak ikut?
  • Apa guna menyescan hari2 kalau masih takut nak entry?
Mungkin ada yang kata, "saya jenis cepat masuk cepat keluar, tak mau pening"..saya setuju yang ni.

Tapi percayalah, masih ramai lagi modal kecil, layan intraday tapi nak huntung berpuluh2 percent, kalau boleh nak hari sama.

Dan ada juga modal ciput, berani simpan tapi takde hasil , niat intraday convert jadi swing sebab dah bocor cut loss.

$ads={2}

Bagi saya, asalkan kita untung, boleh bawak keluar untung tu, kira nawaitu ber trading berjaya..ingat ! untung saja tak sama nikmat dengan withdraw untung..

With Moomoo, enjoy 0 commission for 180 days on trades and Get Deposit Rewards for New Account Opening.

Exclusive Code: TCSE24

https://start.moomoo.com/01wfZT


bursatrendbandchart

Indikator TRENDBAND CYCLE dibuat untuk membantu saya dalam mencari saham berpotensi dan membuat keputusan lebih pantas sama ada hendak ENTRY | EXIT dan menentukan PRICE TARGET | STOP LOSS. Dan saya jadikan TRENDBAND CYCLE sebagai panduan untuk swing bertarget jangka pendek !

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama