Cara-cara memagar anak-anak bawang.
Setiap kali penurunan yang besar atau munculnya body candle yang besar, kita perlu melihat esoknya samada harga atau body candle semakin mengecil atau tidak. Jika masih lagi bersaiz besar atau hampir sama dengan sebelumnya, sila abaikan.
Hanya jika body semakin mengecil berbanding sebelumnya, kita sudah boleh membuat satu lakaran kawasan harga yang melintang ke kanan. Contoh carta ATECH di atas, saya lukiskan satu kotak melintang, mewakili bayangan aras sideway. Kalau harga masih menurun ke bawah kotak, boleh padam terus lukisan kotak dan tunggu signal lain.