Berbalik pada tajuk kita hari ini, saya cuba kaitkan dengan teknik trading yang selalu kita gunakan iaitu buy on breakout. Ada banyak teknik breakout, tapi hari ni, kita cuma fokus pada breakout dari consolidation.
Mula-mula, pastikan chart dalam keadaan trending up. Ada higher high, ada higher low, ada volume masuk, indicator bullish, ma/ema tersusun cantik, candlestick yang pelbagai jenis. Bila sebut candlestick pelbagai, senang cerita bukan stock bawah 10 sen. Bawah 10 sen ni candlestick ade 2 jenis sahaja, hidup, mati, hidup, mati !
Rules of Thumb - bila candlestick mula berlonggok-longgok dalam julat harga tak berapa jauh, tunggu sampai ade satu candlestick yang cuba memancut ke atas, lebih tinggi dari semua longgokan tadi.
Bila dah jumpe, kat sini baru guna pakai “Next Day Follow Through” - Maknanya, selepas kejadian, hari-hari seterusnya kita nak candlestick mulakan gerakan ke atas. Bukannya patah balik ke bawah. Kalau patah balik ke bawah, pesta belum bermula, penjaga dia baru acah-acah.
Tak kisah di mana kita entry, kalau next day tiada gerakan menaik, kemungkinan besar kita akan terperangkan lama dalam trade tu.
Contoh, kalau kita suka entry selepas nampak doji, esok dia tak naik, lusa dia tak naik, tulat pun tak naik, yang naik darah kita, maka bersedialah untuk keluar. Mungkin penjaga stock tak suka kita ada di dalam.
Semoga Terhibur !!
With Moomoo, enjoy 0 commission for 180 days on trades and Get Deposit Rewards for New Account Opening.
Exclusive Code : TCSE24
https://start.moomoo.com/01wfZT