Pengenalan Ringkas Cash Plus Moomoo


(1) Apa Benda Cash Plus Ni?

Cash Plus ni kira macam pelaburan yang tak pening kepala, sesuai untuk orang yang tak nak ambil risiko tinggi. Dia melabur dalam benda-benda yang selamat macam bon kerajaan jangka pendek dan deposit tetap bank. Kira semua duit pelaburan ni dalam bentuk tunai, dan semuanya dalam Ringgit Malaysia.

(2) Apa Bestnya Cash Plus?

1. Pulangan Tinggi

Setiap hari boleh dapat duit! Pulangan tahunan boleh cecah sampai 3.5%, even masa cuti pasaran pun still ada pulangan.

Promosi: Kalau subscribe Cash Plus dengan minimum RM5,000, boleh dapat rebat tunai RM10. Tak rugi cuba!

Banding Dengan Pesaing:
Kebanyakan bank kat Malaysia offer kadar faedah antara 2.6% hingga 3% untuk deposit tetap 12 bulan. Tapi Cash Plus Moomoo ni bagi sampai 3.5% tanpa perlu ikat duit lama-lama. Sebab apa boleh tinggi? Sebab Cash Plus ni sebenarnya Dana Pasaran Wang dalam Ringgit Malaysia (MMF), so dia melabur dalam deposit tetap bank tapi dengan dana yang lebih besar. Lagi powerlah dari deposit tetap biasa.

2. Risiko Rendah

Broker Berlesen oleh Bursa Malaysia:
Futu ni dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM) dengan nombor lesen eCMSL/A0397/2024. Dia orang pegang 57 lesen global kat pasaran kewangan besar-besar dunia.

Aplikasi Broker Paling Top Kat Malaysia:
Moomoo ni ramai gila yang pakai, sampai jadi nombor satu paling banyak orang download kat Malaysia.

Perlindungan Dana CMC:
Kalau-kalau syarikat ni muflis dan tak boleh keluarkan duit, jangan risau, pengguna layak dapat pampasan sampai RM100,000 dari Dana Pampasan Pasaran Modal ("CMC Fund").

Ramai Pelanggan Puas Hati:
Cash Plus dah ada lebih 100,000 pengguna kat Singapura, dan tahun 2023 je, dah berjaya jana lebih 20 juta SGD untuk pelanggan. Kalau korang baru nak try pelaburan, boleh start dengan serendah RM0.01 je. Nak cuba dengan harga secawan kopi pun boleh!

Nota: Risiko rendah tak bermaksud takde risiko langsung. Biasa la, dana ni memang ada turun naik sikit. Syarikat dana tak janji keuntungan atau pulangan minimum.

3. Modal Permulaan Rendah

Nak mula melabur tak perlu duit banyak-banyak. Dengan Cash Plus, korang boleh mula dengan serendah RM0.01 je. Takde had maksimum, so even kalau nak cuba-cuba dengan duit baki pun boleh.

Banding Dengan Pesaing:
Kebanyakan produk pelaburan dekat bank atau syarikat sekuriti lain biasanya letak syarat modal permulaan yang tinggi. Tapi dengan Cash Plus, tak payah risau pasal tu. Contohnya, aplikasi Touch 'n Go eWallet ada Dana Pasaran Wang juga, tapi modal permulaan dia RM10 dan had maksimum sampai RM9,500.

4. Fleksibel Gila

Kalau korang biasa main saham, korang mesti tau timing tu penting. Masa tengah tunggu peluang nak masuk pasaran, korang tak nak la duit yang tak guna tu duduk diam je, kan? Jadi, beli Cash Plus ni membolehkan korang dapat pulangan harian. Bila perlu guna duit, boleh je tebus bila-bila masa tanpa caj. Duit yang ditebus tu boleh terus guna untuk trading saham, dan walaupun duit belum sampai, dia dah dikira sebagai kuasa beli. Memang memudahkan la untuk buat adjustment pelaburan.

Banding Dengan Pesaing:
Cash Plus ni memang fleksibel. Kalau nak dibandingkan dengan deposit tetap bank, biasanya ada had minimum untuk tebus yang boleh cecah puluhan ribu ringgit. Dan kalau korang tebus awal, faedah pun hilang. Produk lain macam StashAway pula ambil masa 2-3 hari bekerja untuk proses deposit dan 3-4 hari untuk pengeluaran. Tapi Cash Plus ni tawarkan masa tebus T+1, jadi duit korang lebih mudah nak dicairkan.

5. Patuh Syariah

Kalau korang pentingkan pelaburan yang patuh syariah, jangan risau, Cash Plus pun ada pilihan dana yang ikut prinsip-prinsip Islam. Antara Dana Pasaran Wang dalam Ringgit Malaysia yang patuh syariah adalah Maybank Retail Money Market-I Fund, yang korang boleh subscribe.

Dana ni adalah dana pasaran wang Islamik yang bertujuan untuk bagi pelabur aliran tunai yang stabil dan pulangan tetap mengikut prinsip-prinsip hukum Islam, sambil jaga modal.

Banding Dengan Pesaing:
Cash Plus pegang aset yang 100% macam tunai, dengan pelaburan utama dalam deposit tetap bank yang dalam Ringgit Malaysia. Contohnya, GXBank, bank digital pertama kat Malaysia, ada tawarkan servis pengurusan tunai melalui akaun simpanan dengan pulangan tahunan 3%. Tapi pelaburan dan pulangan GXBank tak patuh syariah, so tak sesuai untuk lebih 50% penduduk Malaysia yang beragama Islam.



(3) Macam Mana Nak Subscribe Cash Plus?

LANGKAH 1

1. Pilih menu Accounts dan klik icon Cash Plus.

2. Pilih mana-mana MMF yang ditawarkan

3. Maklumat MMF dan tekan Subscribe


LANGKAH 2

Pilih akaun pembayaran, masukkan jumlah pembelian, baca dan setuju dengan dokumen perjanjian yang berkaitan. Lepas sahkan maklumat pembelian, masukkan kata laluan transaksi korang untuk selesaikan pembelian.




Jangan Lupa, Risiko Tetap Ada!

Walaupun Cash Plus ni nampak selamat dan sesuai untuk pelabur yang tak nak ambil risiko besar, penting untuk korang faham yang setiap pelaburan memang ada risiko. Biarpun Cash Plus ni dikira risiko rendah sebab dia banyak melabur dalam deposit tetap bank dan bon kerajaan, tapi dana pelaburan masih boleh turun naik. Syarikat dana pun tak janji yang korang akan dapat keuntungan atau pulangan minimum. So, pastikan korang dah buat research sendiri dan faham risiko yang ada sebelum melabur. Pelaburan yang bijak datang dari pemahaman yang mendalam, bukan sekadar ikut-ikut saja.


🎁 Setiap pembukaan akaun baru dengan deposit minimum RM1k ke atas, saya diberikan imbuhan dari Moomoo. Sebagai balasan, saya akan berikan Indikator TCSE untuk Moomoo + Shareinvestor + Tradingview secara percuma.
📲 Daftar melalui link ini: moomoo.bursatrendbandchart.com

bursatrendbandchart

Indikator TRENDBAND CYCLE dibuat untuk membantu saya dalam mencari saham berpotensi dan membuat keputusan lebih pantas sama ada hendak ENTRY | EXIT dan menentukan PRICE TARGET | STOP LOSS. Dan saya jadikan TRENDBAND CYCLE sebagai panduan untuk swing bertarget jangka pendek !

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama