Posted in

Bullish Test & Retest: Cara Kenal Pasti Breakout Yang Kuat Dalam Carta Saham

pergerakan harga sideway sebelum breakout

Dalam dunia analisis teknikal, antara corak yang sering diperhatikan oleh para trader berpengalaman adalah corak test dan retest. Corak ini lazim berlaku terutamanya selepas harga saham atau aset tertentu bergerak mendatar dalam satu tempoh masa — atau dalam istilah mudah, apabila harga “berlonggok ke kanan, naik pun tidak, turun pun tidak”.

Apakah maksud test dan retest ini?

Secara ringkasnya, “test” merujuk kepada percubaan awal harga untuk menembusi sesuatu aras penting, sama ada aras sokongan (support) atau rintangan (resistance). Namun, cubaan pertama ini sering kali tidak berjaya dan harga akan berundur semula.

Selepas itu, akan berlaku satu atau lebih “retest”, iaitu harga kembali ke aras yang sama untuk menguji kekuatan sokongan atau rintangan tersebut. Sekiranya harga masih bertahan — sama ada tidak melepasi atau tidak jatuh lebih rendah daripada aras tersebut — ini memberikan petunjuk bahawa kawasan itu benar-benar kukuh dan diperhatikan oleh ramai trader lain.

Dalam contoh carta yang dipaparkan:

  • Harga mula-mula naik dan menyentuh aras rintangan, lalu berlaku test pertama.
  • Kemudian harga turun sedikit dan kembali naik beberapa kali untuk melakukan retest di kawasan yang sama.
  • Selepas beberapa siri retest, akhirnya harga berjaya menembusi rintangan tersebut dengan penutupan candlestick di atas aras itu (resistance ditembusi).
  • Yang menariknya, selepas breakout tersebut, harga turun semula untuk melakukan satu lagi retest terakhir, tetapi tidak jatuh di bawah rintangan lama — yang kini telah bertukar menjadi sokongan.
  • Dari situ, harga mula naik dengan lebih meyakinkan.

Kenapa Corak Ini Penting untuk trader?

  1. Menunjukkan minat pembeli dan penjual: Semakin kerap sesuatu aras diuji, semakin kuat maksudnya ada banyak transaksi berlaku di kawasan itu.
  2. Memberi peluang masuk yang lebih selamat: Retest selepas breakout membolehkan pedagang masuk posisi dengan risiko yang lebih rendah.
  3. Membantu dalam pengurusan risiko: Dengan mengenal pasti kawasan sokongan dan rintangan yang sah, pedagang boleh meletakkan paras henti rugi (stop loss) dengan lebih tepat.

Kesimpulan

Corak test dan retest adalah isyarat teknikal yang penting, khususnya bagi mereka yang suka berdagang menggunakan carta harga. Ia membantu mengenal pasti fasa pengumpulan (consolidation), kawasan sokongan dan rintangan yang sah, serta memberi kelebihan dari segi psikologi pasaran.

Sebagai trader, kita perlu kenal pasti corak ini lebih awal dan tunggu pengesahan sebelum masuk posisi. Kesabaran adalah kunci dalam teknik ini — kerana kekuatan sebenar sesuatu pergerakan selalunya terletak selepas retest yang berjaya.

Nak belajar buat signal sendiri guna pine script? Boleh try ebook Pine Script Untuk Trader Bukan Programmer, free jer 😎.

Semoga terhibur!

Moomoo Rewards

With Moomoo, enjoy 0 commission for 180 days on trades and 

Get Deposit Rewards for New Account Opening.

Exclusive Code : TCSE24

https://start.moomoo.com/01wfZT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *