Dalam dunia trading saham, mencari entry yang berkualiti adalah kunci kejayaan.
Salah satu teknik yang sering digunakan oleh trader berpengalaman ialah Box Trading — satu strategi mudah untuk menangkap peluang dalam saham yang sedang uptrend.
Apa Itu Box Trading?
Box Trading bermaksud kita memerhati pergerakan harga saham dalam satu kotak kecil — antara support dan resistance — selepas harga membuat kenaikan yang kukuh.
Biasanya, kotak ini terbentuk selepas harga naik sekurang-kurangnya 8% dari paras sebelumnya.
Kriteria penting untuk Box Trading:
- Harga membentuk kotak (range sempit) selepas kenaikan kuat.
- Volume dagangan semakin mengecil ketika harga bergerak dalam kotak.
- Candlestick T1, T2, dan T3 menunjukkan tanda-tanda tekanan jualan semakin lemah (T1 lebih afdhal jika candlestick merah kecil).
Langkah-langkah Menggunakan Strategi Box Trading
- Cari saham yang sedang uptrend.
Pastikan ada kenaikan sekurang-kurangnya 8% atau lebih pada T0. - Tandakan kotak harga.
- Resistance kotak: paras tertinggi di T0.
- Support kotak: paras terendah T0.
- Beli pada T3 atau selepas breakout.
- Entry agresif: beli pada T3.
- Entry konservatif: tunggu harga break resistance selepas T1.
- Tetapkan Stop Loss.
- Letakkan Stop Loss di bawah support kotak.
- Jika selepas T10 harga masih gagal melepasi resistance, lebih baik exit dan cari peluang lain.
Kenapa Strategi Ini Berkesan?
Risiko dikawal.
Stop Loss yang ketat membantu meminimumkan kerugian sekiranya setup gagal.
Entry lebih selamat.
Kita hanya bertindak selepas harga menunjukkan tanda-tanda ingin meneruskan uptrend.
Sesuai untuk semua trader.
Sama ada anda baru bermula atau sudah berpengalaman, strategi ini sangat praktikal digunakan dalam pasaran sebenar.
Kesimpulan
Strategi Box Trading mengajar kita untuk lebih bersabar dan hanya masuk pasaran apabila peluang betul-betul muncul.
Dengan latihan dan disiplin, teknik ini boleh menjadi senjata utama dalam perjalanan trading anda.
Semoga terhibur!
Moomoo Rewards
With Moomoo, enjoy 0 commission for 180 days on trades and
Get Deposit Rewards for New Account Opening.
Exclusive Code : TCSE24