Salah satu cabaran besar trader, menentukan di mana hendak ambil untung selepas breakout berlaku. Kalau ambil terlalu awal, kita mungkin terlepas peluang kenaikan berterusan. Kalau terlalu lambat, harga mungkin patah balik. Sebab itu penting untuk ada kaedah ukur target yang jelas dan berdisiplin.
Berikut adalah dua cara mudah untuk mengukur target berdasarkan breakout:
1. Ukur Kedalaman (Depth)
- Apabila berlaku breakout dan candlestick berjaya tutup di atas resistance, langkah pertama ialah ukur jarak antara support ke resistance semasa harga masih berada dalam fasa sideways.
- Jarak ini dipanggil kedalaman kotak.
- Kemudian, projekkan jarak yang sama bermula dari paras resistance itu ke atas.
- Inilah sasaran target kita.
Contoh:
Jika kedalaman antara support dan resistance adalah 20 sen, selepas breakout, kita tambah 20 sen dari paras resistance untuk cari target ambil untung.
2. Ukur Ketinggian (Height)
- Teknik kedua pula sesuai untuk pattern yang bentuknya lebih menegak.
- Cari ketinggian candlestick sebelum breakout (dari low ke high yang paling relevan).
- Selepas breakout dan close di atas resistance candlestick tadi, projekkan ketinggian itu bermula dari paras breakout untuk tentukan target.
- Teknik ini berguna terutamanya bila pattern nampak seperti bullish flag atau small consolidation sebelum sambungan trend.
Contoh:
Kalau harga naik RM1 sebelum konsolidasi, selepas breakout, kita boleh sasarkan tambahan RM1 lagi dari paras resistance tersebut.
Kesimpulan
Teknik ukur target ini penting untuk membantu kita merancang exit point dengan lebih sistematik dan mengelakkan keputusan beremosi. Ia bukan sahaja meningkatkan potensi keuntungan, malah membantu kita menjaga disiplin dalam trading.
Yang penting, jangan lupa tetapkan juga Stop Loss untuk lindungi modal sekiranya harga patah balik.
Kalau suka strategi macam ini, jangan lupa bookmark blog ini atau kongsikan dengan rakan trader lain! 📈
Semoga terhibur!
Moomoo Rewards
With Moomoo, enjoy 0 commission for 180 days on trades and
Get Deposit Rewards for New Account Opening.
Exclusive Code : TCSE24