Posted in

Cara Nak Kenal Pasti Breakout – Jangan Tertipu Dengan Fakeout!

01 Apa benda breakout & fakeout ni?

Breakout ni maksud dia bila harga sesuatu aset berjaya tembus paras support atau resistance dengan volume dagangan yang tinggi. Bila jadi macam ni, selalunya ia petanda ada perubahan dalam supply & demand – dan mungkin permulaan kepada satu pergerakan harga yang padu.

Ramai trader suka breakout sebab dia boleh bagi peluang entry yang best. Tapi hati-hati bro… market ni suka trick! Kadang-kadang harga tembus level penting, lepas tu patah balik — yang ni lah orang panggil fakeout.

Fakeout ni bukan main-main, sebab dia boleh gerak lawan arah yang kita sangka — dan kalau tak berhati-hati, makan dalam oooo.

Penting untuk kita tahu beza antara breakout yang betul dan breakout tipu (fakeout) supaya tak tersangkut memanjang.

02 Jenis-jenis breakout

Nak kenal breakout ni bukan guna feeling je — kita boleh guna macam-macam teknik: tengok chart pattern, lukis trendline, guna moving average, dan sebagainya.

Breakout biasanya datang dalam dua bentuk:

🔹 Breakout sambungan (continuation breakout)
Lepas market consolidate kejap dalam trend yang tengah jalan, dia breakout sambung trend asal.
Contoh pattern: flag, triangle, rectangle.

🔹 Breakout pembalikan (reversal breakout)
Lepas trend tu nampak letih sangat (exhausted), dia buat reversal — tukar arah terus.
Contoh pattern: head & shoulders, double top, double bottom, diamond.

Kalau kita tahu breakout jenis apa yang tengah terbentuk, senang sikit nak agak hala tuju market.

03 Macam mana nak bezakan breakout betul dengan fakeout?

Nak kenal yang betul memang tricky, tapi ada beberapa benda yang kita boleh tengok:

Volume
Kalau breakout tu datang dengan volume tinggi, kebarangkalian besar dia breakout betul. Tapi kalau volume suam-suam kuku, hati-hati sikit — itu mungkin fakeout.

Volume tinggi = ramai orang support arah tu.
Volume rendah = boleh jadi tak ramai minat, gerakan tu tak kukuh.

Jarak penembusan
Kalau harga tembus paras support/resistance tapi sikit je, itu belum cukup meyakinkan.
Ada trader suka guna rule macam ni:

  • Kalau harga tembus lebih 3% dari level penting — baru boleh consider breakout tu valid.
  • Untuk level jangka pendek, 1% pun dah memadai.

Tapi ingat, kalau trendline kena tembus sikit, tak semestinya trend tu dah habis — mungkin dia cuma nak tukar gear je.

Volatiliti (Volatility)
Kalau harga gerak laju gila ke arah level penting — itu boleh jadi petanda breakout tengah nak berlaku.
Tapi kalau gerak macam siput sedut, pelan-pelan inching — fakeout alert!
Nak semak volatility? Boleh tengok gap harga atau guna indicator khas untuk ukur kelajuan pergerakan harga.

Multi-timeframe (Guna pelbagai time frame)
Kadang-kadang signal breakout kat daily chart nampak power, tapi bila buka hourly chart — eh rupanya fakeout je! So rajin-rajinlah semak chart kat time frame berbeza.

Tunggu pengesahan
Kalau tak sure breakout tu betul ke tak, jangan gelojoh masuk market. Tunggu dulu confirmation.

Contohnya: harga berjaya close atas resistance dan stay situ beberapa candle — itu mungkin tanda dia tengah kumpul tenaga nak naik.

Cara ni mungkin buat kita masuk agak lewat, tapi boleh kurangkan risiko terkena perangkap fakeout.

Semoga terhibur!

Sumber asal : How to identify a breakout from a fakeout?

Moomoo Rewards

With Moomoo, enjoy 0 commission for 180 days on trades and Get Deposit Rewards for New Account Opening.

Exclusive Code : TCSE24

https://start.moomoo.com/01wfZT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *