Asyik salah timing masuk market? Rasa cuak setiap kali nak entry sebab takut tersalah langkah?
Relaks. Cuba kenal dulu dua benda basic tapi power dalam technical analysis: support & resistance.
Kalau korang boleh spot dua benda ni dengan betul, insya-Allah boleh bantu cari entry point yang lagi padu dan kurang risiko.
Tak kira lah korang dah lama trade atau baru nak try-try, dua tools ni memang antara benda wajib faham kalau nak jadi trader yang lebih confident.
01 Apa Benda Support & Resistance Ni?
Kalau tengok chart, korang akan nampak harga turun naik macam ombak — ada naik tinggi (peak), ada turun rendah (trough).
- Support ni kira macam lantai — tempat harga biasanya berhenti jatuh. Bila harga sampai sini, buyers mula masuk, sebab rasa harga dah cukup murah nak beli balik.
- Resistance pula macam siling — tempat harga biasanya susah nak lepas naik. Kat sini, sellers mula aktif, sebab ramai rasa harga dah cukup tinggi untuk ambil untung.

Tiga jenis support & resistance yang biasa orang guna:
- Garisan mendatar (horizontal)
- Trendline
- Yang dinamik macam moving average (contohnya MA20, MA50)

02 Psikologi Disebalik Support & Resistance
Dalam market ni, biasanya ada 3 jenis player:
- Orang yang dah beli (long)
- Orang yang dah jual dulu (short)
- Orang yang tengah tunggu peluang (uncommitted)
Contohnya, harga tengah naik dari satu kawasan support:
- Orang yang dah beli mungkin happy tengok harga naik, tapi ada juga yang menyesal tak beli lebih. Bila harga retrace balik ke support tadi, diorang mungkin akan topup position.
- Orang yang short mula panik sebab entry diorang nampak macam salah. Diorang pun tunggu harga turun balik ke support untuk exit position.
- Yang belum masuk market mula nampak ada momentum. Diorang standby nak masuk bila nampak signal buy.

Gabungan semua ni boleh buat harga naik semula dari kawasan support tu. Tapi kalau support tu pecah (harga jatuh tembus), keadaan boleh terbalik. Support tadi boleh jadi resistance pulak.

Orang yang dah terbeli akan mula jual balik bila harga retrace ke level tu sebab nak cover loss. Yang short pulak makin berani nak hold atau tambah posisi.
03 Apa Yang Kita Boleh Perhatikan?
Nak tahu sesuatu level tu power ke tak, tengok benda-benda ni:
✅ Volume
Kalau harga react kat satu level dengan volume yang tinggi, itu tanda kawasan tu penting. Ramai buyer & seller berkumpul kat situ.

✅ Ujian Kali Pertama
Biasanya harga akan respect lebih kuat masa first time test satu support atau resistance. Masa ni market punya emosi pun lebih selari.

✅ Candlestick Pattern
Contoh: Ada bullish engulfing kat kawasan support → tanda buyer tengah ambil alih.
Kalau ada shooting star kat kawasan resistance → seller mungkin dah ready push harga turun.

✅ Timeframe
Level yang baru terbentuk biasanya lagi relevant daripada level lama. Sebab psychology trader berubah ikut masa dan keadaan semasa.

Semoga terhibur!
Sumber asal : How to discover potential entry points? Support and resistance help!
Moomoo Rewards
With Moomoo, enjoy 0 commission for 180 days on trades and Get Deposit Rewards for New Account Opening.
Exclusive Code : TCSE24