Posted in

Divergence Dalam Analisa Teknikal

01 Apa benda divergence ni sebenarnya?

Ok macam ni… divergence ni istilah yang digunakan bila arah pergerakan harga tak seiring dengan arah indikator teknikal. Kiranya macam tak ngam — harga jalan ke satu arah, tapi indikator tunjuk arah lain.

Bila jadi camni, mungkin petanda awal yang trend tengah hilang tenaga, dan berpotensi nak pusing arah tak lama lagi.

Divergence ni boleh dikesan dekat macam-macam jenis indikator dan juga pada pelbagai timeframe.

Memang serba boleh. Tapi ada tiga jenis divergence utama yang kita kena tahu: bullish divergence, bearish divergence, dan hidden divergence.

Bullish divergence: Bila harga buat lower low tapi indikator (contohnya RSI atau MACD) buat higher low. Ini maksudnya momentum menurun makin lemah, dan ada kemungkinan harga akan naik semula.

Bearish divergence: Harga buat higher high tapi indikator pula buat lower high. Haa… ini petanda yang kenaikan tu mungkin dah tak kuat, dan harga boleh jadi nak jatuh lepas tu.

Hidden divergence pulak lain sikit. Dia bukan petanda reversal, tapi petanda trend akan sambung. Contoh: masa tengah uptrend, harga buat higher low tapi indikator turun lebih rendah — maksudnya momentum masih kuat, trend nak sambung naik lagi.

02 Cara nak kesan divergence?

Nak nampak divergence ni, kita boleh guna indikator yang jenis oscillator, contoh paling common — MACD dan RSI.

Tapi hati-hati… signal divergence ni lebih reliable bila kita tengok kat timeframe besar macam daily atau weekly. Kalau guna 5-minit chart, memang banyak false signal nanti.

Nak kesan regular divergence agak mudah — tengok high dan low pada carta harga, bandingkan dengan high dan low pada indikator. Kalau arah tak sama, itu lah divergence.

  • Bullish divergence: Biasanya keluar masa market tengah downtrend. Harga buat new low, tapi indikator pula makin naik. Petanda harga nak reverse naik.
  • Bearish divergence: Muncul masa uptrend. Harga buat new high, tapi indikator pula makin turun. Haa, tanda bahaya tu.

Pro tip: jangan guna satu indikator saje, cuba tengok lebih dari satu supaya lebih konfiden. Sebab divergence ni cuma petunjuk awal, bukan lesen terus beli/sell. Confirmkan dulu dengan teknik lain.

Dan kalau market tengah sideways, divergence ni susah nak pakai. Dia lebih power bila market trending.

Hidden divergence ni pulak memang tricky sikit nak detect. Tapi kalau kita pandai guna trendline, senang sikit nak nampak. Biasanya muncul masa trend tengah rehat kejap — tapi harga tak break trendline. Signal macam ni best untuk cari entry point ikut arah trend asal.

03 Study kes: tengok chart

📈 Chart 1: Harga tengah jatuh, nampak macam nak jadi Double Bottom — pattern yang selalu tunjuk harga nak naik balik. Masa harga makin rendah, indikator RSI dan MACD tunjuk higher low. Ini kita panggil bullish divergence — petanda jualan makin lemah, dan harga mungkin nak reversal naik.

📈 Chart 2: Harga tengah naik elok, dan ada trendline sambung low-low sebelum ni. Tiba-tiba harga buat higher low tapi RSI dan MACD buat lower low pulak. Ini adalah hidden divergence — trend masih kuat walaupun ada gangguan sikit. Kalau harga melonjak balik dari trendline tu, itu peluang cantik untuk masuk buy.

Semoga terhibur!

Sumber asal : Understanding divergence in technical analysis

Moomoo Rewards

With Moomoo, enjoy 0 commission for 180 days on trades and 

Get Deposit Rewards for New Account Opening.

Exclusive Code : TCSE24

https://start.moomoo.com/01wfZT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *